top of page
unit koko.png

UNIT KOKURIKULUM

LATAR BELAKANG


Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti  yang boleh meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari segi psikomotor, kognitif  dan afektif untuk melahirkan insan yang seimbang seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, pelaksanaannya di sekolah kadang kala mengundang risiko kepada pihak pelaksana lantaran pengabaian terhadap prosedur pelaksanaan dan kecuaian atau sebagainya. Oleh hal yang demikian, rujukan terhadap  manual prosedur  kerja yang sempurna diharap dapat mengelakkan musibah tersebut daripada berlaku.

ko-ko.png

OBJEKTIF

What You Need to Know

  1. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  2. Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari.

  3. Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan.

  4. Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar melalui kegiatan-kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara.

  5. Membantu mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara.

  6. Untuk membolehkan lebih ramai lagi bilangan peserta sekolah mewakili daerah, negeri dan negara dalam gerak kerja kokurikulum.

  7. Menjadikan pelajar-pelajar individu-individu yang sentiasa bersifat inovatif  dan kreatif dalam sebarang tugas.

  8. Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar dalam usaha

  9. melahirkan budaya sekolah yang unggul.

​

OBJEKTIF UMUM KOKURIKULUM

 

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri.   Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.  Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.


Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:


1.      Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);


2.      Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;


3.      Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;


4.      Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara;


5.      Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.

​

OBJEKTIF KHUSUS  KOKURIKULUM


Objektif utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara Objektif yang hendak dicapai ialah seperti berikut:


1.         Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


2.         Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan,  pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari


3.         Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan


4.         Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar melalui kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara.

​

​

​

NEWS

PENCAPAIAN PARA ATLIT SMKTI 2018

IMG-20180308-WA0009.jpg
10KM.png
4X100M.jpg

ANUGERAH OLAHRAGAWATI PERMATANG PAUH

7 Mac 2018, Stadium MPSP BM.

HARTHINI A/P MARIMUTHU telah memenangi Anugerah Olahragawati peringkat Permatang Pauh apabila memperoleh 2 Emas dalam acara Lontar Peluru dan Cakera dan Harthini juga telah mencatat rekod baru bagi kedua acara tersebut bagi peringkat Zon.

​

PERINGKAT  NEGERI

​

Nombor 6 daripada 28 peserta

EMAS ACARA 10KM

Hari pertama MPSPP zon Pematang Pauh SACHMEER RAJ SINGH DHILLAN telah menghadiah kilauan Emas bagi acara 10KM berjalan kaki bagi peringkat Zon Permatang pauh dan Tempat ketiga bagi zon  BM. Beliau secara automatik telah layak ke pertandingan Negeri.

​

-Peringkat Negeri

Nombor 8 daripada 16 peserta.

PINGAT GANGSA 4 X 100M

4 Orang pelajar lelaki dari hasil gabungan pertama kali tingkatan 3 dan 2 telah membuahkan hasil apabila turut menyumbangkan pingat gangsa dalam acara 4 x 100M peringkat zon Permatang Pauh.

Senarai pelajar yang terlibat:

​

1 MUHAMMAD AMIN B MAZLAN

2.PUTRA IRFAN SHAHMY B MOHD FADZLE

scroll-motarboard-1024x683.jpg

Anugerah Kokurikulum adalah satu program yang diadakan sebagai kesinambungandaripada aktiviti kokurikulum sekolah. Ia berperanan untuk memberi penganugerahan kepadapara guru serta murid-murid. Selain itu, Hari Anugerah Kokurikulum berperanan untukmenggalakkan murid aktif dalam bidang kokurikulum peringkat sekolah, daerah dankebangsaan. Di samping itu, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan dan permuafakatandalam kalangan murid

"Pengorbandanmu ada balasanya." "Setiap Pengorbanan, ada pulangan yang akan dinikmatinya"

​

ANUGERAH PENGHARGAAN DAN PENCAPAIAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM (PERINGKAT DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN).

bottom of page