SEJARAH SMKTI
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih atau nama ringkasnya SMK Taman Inderawasih, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Inderawasih.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih memiliki 481 pelajar lelaki dan 318 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 799 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru Dalam keghairan kita mengejar waktu, kita seolah-olah lupa akan sejarah kita. Dalam lembaran ini, jendala lama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih akan dibuka semula.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih atau nama singkatnya SMKTI telah mula dibina pada awal tahun 1994. Setelah hampir setahun berbaldi-baldi peluh dicurahkan. 5 buah bangunan terdiri dengan keindahan yang tersegam indah. Kumpulan pelajar yang pertama diambil pada 13 Mac 1995 iaitu hari pertama persekolahan selepas cuti penggal. Seramai 150 orang murid pelajar dan 10 orang guru mendaftarkan diri di sini. Walaupun angka ini adalah kecil, ia kian kertambah dari tahun ke tahun sehingga kini.
DISCOVER SMK TAMAN INDERAWASIH
Your Go-To Source
Berkat dedikasi dan kesunggupan Encik Yusuf Osman, Encik Michael a/l J.S Rajoo, Encik Choo Seng Hwa, Encik Rosman Md. Ajis, Encik Ong Yak Kuang, Encik Ang Thean Soon, Puan Suhana Mohammad Ramri, Puan Saliga dan Puan Teoh Chai Lan yang diterajui Encik Ramly bin Mohd Ali, sebanyak 6 buah kelasberjaya dibuka iaitu 2 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 1. Proses pengajaran dan pembelanjaran berjalan dengan lancar walaupun baru sahaja dibuka.
Kalau disebut SMKTI, ramai orang terutamanya ibubapa akan mengenali nama sekolah ini. Bidang akademik yang aktif dijalankan telah menaikkan nama baik SMKTI dan menjadikannya sekolah pilihan untuk pilihan ibubapa yang ingin anaknya mendapat pelajaran yang terbaik. Pada usia yang begitu muda lagi, tahap disiplin di sini amat memberangsangkan dan memuaskan.