top of page
smkti site.jpg

WELCOME TO PK HAL EHWAL MURID SITE

blog HEM platern.jpg

UNIT DISIPLIN

ABOUT HEM

PENDAHULUAN

Displin adalah satu elemen yang penting didalam menentukan ketertibaan sesuatu sistem. Displin adalah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu displin hendaklah diberi perhatian berat oleh semua pihak samada disekolah atau diluar sekolah. Sehubungan dengan itu, guru-guru, para pelajar dan ibubapa harus memainkan peranan dalam membina disiplin yang mantap di sekolah agar proses pengajaran dan pembelaran akan lebih licin dan lancar.

Adalah menjadi harapan bagi unit disiplin Sekolah Menengah Teknik Tawau untuk melahirkan generasi yang cemerlang bukan setakat akademiknya tetapi juga membina akhlak dan sahsiah diri yang sempurna mengikut acuan budaya timur yang luhur dengan budi bahasa yang tinggi.

VISI

Kearah masalah disiplin sifar

MISI

Melahirkan pelajar yang bebas dari masalah disiplin

OBJEKTIF


  • Mencegah pelajar-pelajar yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka

  • Mencegah pelajar-pelajar yang merbahaya atau bersalah dari mempengaruhi pelajar-pelajar lain

  • Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal

  • Untuk memperbaiki tingkah laku pelajar-pelajar yang bersalah



DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

"Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan, menghgormati hak individu lain.Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat"


MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu , demokratik, adil, liberal dan progresif. disiplin juga akan melahirkan individu yang kreatif, mempunyai jati diri yang tinggi dan sentiasa memelihara harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.


MATLAMAT DISIPLIN


  1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat

  2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat setiakawan serta kekitaan

  3. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik

  4. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada pelajar

  5. Membantu pengetua dan guru-guru menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan pentadbiran sekolah

  6. Menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahanya



OBJEKTIF HUKUMAN


  1. Mencegah pelajar yang bersalah mengulangi kesalahan mereka

  2. Mencegah pelajar yang merbahaya atau bersalah daripada mempengaruhi pelajar lain

  3. Memberi ingatan kepada pelajar lain supaya tidak melakukan kesalahan

  4. Setiap kesalahan yanng terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal

  5. Memperbaiki tingkahlaku pelajar yang bermasalah

Teacher Instructing

TUGAS GURU TINGKATAN

PERANAN DAN TUGAS GURU TINGKATAN

  1. Pengurusan dan organisasi kelas

    1. Membentuk organisasi kelas berikut:

  • Ketua Tingkatan

  • Penaolong Ketua Tingkatan

  • Bendahari

  • AJK Kebersihan

  • AJK Disiplin

  • AJK  Keceriaan

  • AJK Akademik

  • AJK Kebajikan

  • 2 Orang Doktor Junior

  • 2 Orang rakan pembimbing sebaya

    1. Menyediakan senarai tugas setiap ahli jawatankuasa kelas:

Ketua Tingkatan : Memantau semua jawatankuasa menjalankan tugas, memaklumkan guru selepas 5 minit bermula waktu seterusnya, mengawal disiplin kelas semasa guru tidak ada dalam kelas.

Penolong Tingkatan: Membantu ketua tingkatan dan mengambil alih tugas ketua tingkatan semasa beliau tidak ada atau tidak hadir

AJK Kebersihan: Mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah sebelum pada sebelah pagi dan 5 minit sebelum balik.

AJK Keceriaan: Sentiasa mengemas kini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakn langsir dan bunga untuk kelas.

AJK Disiplin: Memastikan keadaan kelas adalah terkawal apabila guru tidak ada, bertanggungjawab member teguran dan nasihat kepada rakan sekelas jika perlu dan melaporkan segala salah laku rakan kelas kepada guru tingkatan, guru subjek, guru disiplin atau Penolong Kanan HEM dengan kadar yang segera.

AJK Akademik: Mengemas kini sudut mata pelajaran dan sudut “Tajuk Utama Akhbar Hari Ini”.

AJK Kebajikan: Membantu guru mengenal pasti rakan kelas yang memerlukan bantuan dan perhatian.

Doktor Junior: Memberi bantuan segera “First Aid” kepada rakan kelas yanbg tidak sihat dan sakti, mengiringi rakan kelas untuk mendapatkan rawatan daripada guru bertugas harian.

Pembimbing Rakan 

  1. Kecerian Kelas

    1. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:

      1. Jadual Waktu Kelas

      2. Jadual Bertugas

      3. Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru mencukupi

      4. Moto, Slogan, Visi dan Misi Sekolah

      5. Alatan pembersihan seperti penyapu, tong sampah dan pengaut sampah

      6. Carta Organisasi Kelas

      7. Papan Kenyataan Am, Papan Kenyataan Informasi, sudut mata pelajaran

      8. Tempat Gantung Penyapu

      9. Pelas Tempat Duduk Pelajar

      10. Jadual Kerja Kumpulan

      11. Peraturan Kelas

      12. Marksheet / Mata Bonus

    2. Menggalakkan murid membawa pokok bunga hidup dari rumah untuk menghiaskan kelas.

    3. Tidak membenarkan lukisan murai di dinding kelas.

  2. Kebersihan dan Keselamatan

    1. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

    2. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada Guru Penyelaras Tingkatan

    3. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

    4. Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot di dalamnya. Senarai perabot dalam bilik darjah perlu disediakan.

    5. Cermin tingkap yang pecah / hilang hendaklah digantikan secepat mungkin kerusi / meja yang rosak perlu dibaiki dengan segera.

    6. Memastikan kelas (dalam atau luar) sentiasa dalam keadaan bersih.

  3. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar

    1. Menandakan jadual kedatangan harian pada waktu pertama dan meletakkan di rak yang telah disediakan.

    2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis dan pastikan semua lengkap pada akhir bulan Januari.

      1. Yuran Khas (cara rekod : no. resit rasmi penyerahan + no. resit individu)

      2. Nombor pendaftaran

      3. Butir diri pelajar

    3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas berdasarkan Borang Biodata Pelajar( rujuk Lampiran 1) yang telah diisi pada hari pendaftaran atau hari pertama sesi persekolahan.

    4. Peraturan Jadual Kedatangan Pelajar:

      1. Menanda kedatangan murid  

      2. Tandakan “/” bagi murid yang hadir

      3. Tandakan “O” bagi murid yang tidak hadir

      4. Di dalam “O” catatkan “L” datang lewat, “C” bercuti, “S” sakit, “B” bersebab, “W”wakil atau “P” ponteng.

      5. Jika seseorang murid meninggalkan darjahnya sebelum cukup dua jam berada dalam darjah itu, maka kedatangannya hendaklah ditandakan seperti murid ponteng. (Ponteng ialah tidak datang tanpa sebab/ meninggalkan kelas tanpa kebenaran)

      6. Kedatangan murid-murid mestilah ditandakan oleh guru darjah atau guru yang mengajar masa pertama pada tiap-tiap hari persekolahan. Sekiranya guru berkenaan tidak hadir, kedatangan pelajar mesti ditanda oleh guru ganti. Buku Jadual Kedatangan ini mestilah ditutup selewat-lewatnya satu jam sesudah dimilakan belajar.

      7. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan satu garisan lurus sepanjang-panjang ruangan itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah dituliskan “Cuti” menlintang.

      8. Buku Jadual Kedatangan ini mesti ditanda / dicatatkan dengan Dakwat biru / hitam sahaja, jangan sekali-kali menggunakan pensel, kemudian diikuti dengan dakwat di atasnya.

      9. Murid-murid yang ada tertulis di dalam jadual pada hujung sesuatu bulai itu mestilah ditulis semula di dalam jadual bagi bulan hadapannya kecuali jika seseorang murid itu berhenti sekolah, perberhentiannay mesti disahkan oleh Pengetua.

      10. Sekiranya berlaku kesilapan menulis, jangan dipadamkan, tetapi handaklah dipotong yang salah dan ditulis yang betul di atasnya.

      11. Semua butiran dalam halaman Jadual Kedatangan ini, mestilah diisi dengan lengkap sebelum akhir Februari. Buku ini mestilah dikemas kini dari semasa ke semasa.

      12. Nombor surat rujukan Jabatan Pelajaran membenarkan seseorang murid itu belajar dengan percuma hendaklah ditulis.

      13. Hari sekolah ganti hendaklah ditanda pada tarikh yang diluluskan oleh PPG.

Contact
bottom of page