Latihan Kebakaran 2 Mei 2019
Pada 2 Mei 2019, pihak sekolah SMKTI telah mengadakan latihan kebakaran dan mengosongkan warga sekolah dari bangunan. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
Matlamat
Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik, menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran dan pandai mengguna alat pemadam api yang disediakan di sekolah.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranyaberlaku kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.