MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN SEJARAH
Pada 18 September 2019, Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2019 telah berlangsung dan telah dirasmikan oleh Tn Hj. Ramli B Ahmad, Pengetua SMK Taman Inderawasih. Objektif majlis ini diadakan adalah supaya anak-anak muda mengingati pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjuang demi mendapatkan kemerdekaan negara.
Para pemenang telah menerima hadiah bagi setiap pertandingan yang telah berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan.Sebagai penutup majlis, seluruh warga SMK Taman Inderawasih telah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat cinta akan negara.Sayangi Malaysiku, Malaysiaku bersih!