top of page

Kem Jati Diri Kokurikulum

23 Jun 2019 Ahad, Bahagian Kokurikulum SMKTI telah mengadakan kem perkhemahan Jati Diri dikalangan pemimpina pelajar kelab, Persatuan dan Badan Beruniform bermula 22 hingga 23 Jun 2019 iaitu bermula hari sabtu dan ahad jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada hari ahad.

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Kem ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan para pelajar iaitu denagn jumlah penyertaan seramai 80 orang pelajar. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pasang khemah, memasak, ice breaking, senamrobik, ceramah kerohanian dan motivasi dan sebagainya lagi.

  1. MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

  1. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.

  2. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masing-masing di dalam hutan.

  3. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

  4. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.

  5. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

  6. Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang.

  1. OBJEKTIF

Pada akhir program ini para peserta akan dapat:

  1. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.

  2. Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.

  3. Membina sekurang-kurangnya satu jenis perangkap haiwan di dalam hutan.

  4. Berdikari melalui kerja individu seperti mencuci kasut sendiri dan mengurus diri sendiri.

  5. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle tracking, night walk dan merentas halangan.

bottom of page