top of page

Gotong Royong peringkat Sekolah 26 Jun 2019

26 Jun 2019 Rabu, Unit kokurikulum telah mengadakan gotong raya perdaya dengan melibatkan semua badan beruniform, kelab dan persatuan telah bekerjasama dalam membersihkan persekitaran sekolah. Program gotong royong bermula jam 7.30 pagi slot gotong royong sehingga jam 9.00 petang. Lokasi yang terlibat ialah bilik-bilik khas, taman-taman keceriaan/pembelajaran, sudut-sudut khas dan tarmac sekolah. Semua guru dan ibu bapa berusaha gigih untuk memastikan kawasan sekolah selamat, bersih, ceria dan selesa untuk pembelajaran.

Dengan tema ” Persekitaran Bersih Dan Ceria, Pembelajaran Berkualiti “, aktiviti ini telah berjaya memberi pendedahan sebenar kepada seluruh warga sekolah mengenai amalan mengutamakan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan bagi merangsang suasana pembelajaran yang lebih berkualiti. Melalui aktiviti ini juga, semangat kerjasama antara semua pihak yang terlibat dapat dipupuk dan digembeleng bersama untuk membawa satu perubahan yang positif kepada pihak sekolah.

bottom of page